SEJARAH SEKOLAH SK PEMENTERIAN

Sejarah penubuhan Sekolah Kebangsaan Pementerian

This is default featured post 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

Isnin, 27 Jun 2011

Spelling Competition Daerah Nabawan

Peserta SK Pementerian mendaftarkan diri
Pada 23 Jun yang lepas SK Pementerian telah menghantar 3 orang peserta bagi pertandingan "Spelling Competition" peringkat daerah Nabawan. Ketiga-tiga peserta ini merupakan peserta yang telah menyertai Spell-It-Right di Suria Sabah. Christyssha, Effiyie dan Azira tidak dapat masuk ke pusingan akhir. Walau apa-apa pun tahniah diucapkan.






Azira mendengar perkataan yang perlu diejanya

Giliran Effyie


Pose dari Juri Pertandingan

Pose "peace" dari juri pertandingan



Cenderahati kepada SK Pementerian
Bergambar untuk kenang-kenangan

Ahad, 19 Jun 2011

Gotong Royong Bilik Guru dan Pusat Sumber Sekolah

Gotong-royong memindahkan bilik guru dengan Pusat Sumber Sekolah
Nabawan, 18 Jun - Sekolah Kebangsaan Pementerian Nabawan telah mengadakan gotong-royong bagi memindahkan barang-barang di dalam pusat sumber dan bilik ICT dengan bilik guru bagi keselesaan para pelajar dan guru untuk berkhidmat dengan lebih baik dan lebih sistematik.

Dengan adanya bilik guru yang lebih besar dan selesa akan memberikan impak yang positif di kalangan guru-guru SK Pementerian dalam mengajar murid-murid di sekolah ini. Bilik guru kini lebih tersusun dan persekitaran lebih kondusif kerana tiada lagi buku-buku yang bertimbun di atas meja guru kerana sekarang ini setiap guru mempunyai rak masing-masing bagi meningkatkan lagi keselesaan guru.

Hari Isnin ini guru-guru SK Pementerian akan bertugas di bilik guru baharu (dahulunya pusat sumber dan bilik ICT). Bilik guru yang lama hanya dapat memuatkan 8 orang guru sahaja berbanding bilik guru baharu yang mampu memuatkan 10 meja guru.

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More