SEJARAH SEKOLAH SK PEMENTERIAN

Sejarah penubuhan Sekolah Kebangsaan Pementerian

This is default featured post 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

Rabu, 7 Mac 2012

Pemain First-Nine SK Pementerian
Mac 07, SK Kebu Baru - SK Pementerian menghantar satu skuad Bawah 12 tahun di Pertandingan 9 sebelah Bola Sepak B12. Sebanyak 10 buah sekolah telah menghantar wakil mereka bagi memeriahkan lagi pertandingan tersebut.

SK Pementerian berada dalam 1 kumpulan dengan tuan rumah, SK Kebu Baru bersama-sama SK Bahagian, SK Sepulot dan SK Penontomon. Dengan keputusan seri 4 perlawan dan kalah 1 perlawan, SK Pementerian gagal untuk melayakkan diri ke peringkat separuh akhir.

Walaubagaimanapun terdapat beberapa pemain SK Pementerian telah mendapat perhatian dari kalangan jurulatih dan penonton dengan aksi bertenaga pemain yang masih lagi berusia 9 tahun.

Kekalahan ini merupakan tahun ke-2 SK Pementerian tidak berjaya untuk melayakkan diri ke peringkat separuh akhir.

Syabas dan Tahniah diucapkan kepada semua pemain dan jurulatih.

Khamis, 16 Februari 2012

PERTANDINGAN BOLA JARING PERINGKAT DAERAH NABAWAN

Pemain Bola Jaring SK Pementerian Bersama Jurulatih

SK Pementerian buat pertama kalinya menghantar skuad bola jaring bagi pertandingan bola jaring peringkat daerah Nabawan. Pemain-pemain dibarisi oleh murid tahun 4-6 dan kebanyakan mereka terdiri daripada murid tahun 4 dan 5.

Merekodkan kemenangan pertama pada perlawanan pertama namun tidak mampu menyaingi dari pasukan sekolah-sekolah lain pada perlawanan seterusnya.

Walaupun tidak boleh dapat melayakkan diri ke peringkat separuh akhir, semangat yang ditunjukkan para pemain diharapkan akan diteruskan pada perlawanan pada edisi seterusnya.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua pemain dan jurulatih.

Isnin, 2 Januari 2012

Selamat Tahun Baru 2012

Tahun Baru 2012
Selamat Tahun Baru 2012 diucapkan daripada warga pendidik SK Pementerian kepada anak-anak didik sekalian. Diharapkan agar kita peroleh semangat baru untuk mencapai cita-cita kita dalam memperoleh kejayaan di dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR).

Sekolah akan dibuka pada 3 Januari 2012 dan seterusnya era baru bagi SK Pementerian pada tahun 2012.

Selamat Maju Jaya diucapkan kepada semua warga SK Pementerian.

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More